UTAMA / Keistimewaan

Keistimewan Minyak Habbatus Sauda Shafa

ShaFa sentiasa komited untuk menghasilkan Minyak Habbatus Sauda kualiti terbaik. 7 faktor berikut membuatkan produk ShaFa unik, istimewa dan berbeza:

Pengiktirafan Pensijilan MeSTI (KKM) Dan Pensijilan Halal (JAKIM)

Kedua pengiktirafan ini sebagai jaminan kepada pengguna bahawa produk yang dihasilkan oleh ShaFa sentiasa mematuhi konsep Halalan Toyyibban serta program jaminan keselamatan makanan di bawah kawal selia Bahagian Keselamatan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kadar Thymoquinone Tinggi

Thymoquinone merupakan bahan aktif utama yang terkandung di dalam Minyak Habbatus Sauda. Kadar thymoquinone ini menjadi penanda aras dalam menentukan kualiti pada Minyak Habbtus Sauda tersebut. Produk ShaFa mempunyai Sijil Kualiti (Thymoquinone) dari makmal diiktiraf KKM dengan bacaan tertinggi pernah direkodkan iaitu 33.6%(mg/g) @ 3.36%(w/w).

Di Malaysia terdapat hanya 2 makmal yang mempunyai instrument High Peformance Liquid Chromatography (HLPC) untuk ujian pengesanan kadar thymoquinone di dalam minyak habbatus sauda. Kaedah ini boleh menilai dan mengenalpasti setiap komponen yang ada di dalam minyak habbatus sauda seperti thymoquinone.

Buatan Malaysia, Perahan Segar & Kaedah Perahan ‘First Cold Pressed’

Kaedah perahan ini secara perlahan serta mematuhi piawaian suhu bagi memelihara kualiti komponen bahan aktif yang terkandung di dalam Minyak Habbatus Sauda. 100% proses perahan segar dijalankan di Malaysia.

Kualiti Bijian Mentah Habbatus Sauda

Penggunaan bijian mentah terbaik dari Ethiopian bagi produk variasi premium dan bijian mentah dari Asia Selatan bagi produk variasi biasa.

ShaFa berurusan terus dengan pihak petani menerusi pihak agen dilantik bagi mendapatkan sumber bijian mentah kualiti terbaik. Kualiti bijian mentah terbaik sahaja boleh menghasilkan produk dengan kadar thymoquinone tertinggi.

Variasi Jenis Minyak Habbatus Sauda Ada Serdak Dan Tanpa Serdak

ShaFa menawarkan 2 variasi Minyak Habbatus Sauda bagi pilihan pengguna. Ada serdak lazimnya bagi variasi produk biasa manakala produk tanpa serdak lazimnya bagi variasi produk premium.

Produk Pilihan Utama Pengguna di Shopee

ShaFa Habbatus Sauda kekal sebagai produk pilihan utama pembeli dan No.1 terlaris di Shopee. Sebanyak 98% pembeli menilai produk ShaFa dengan 5 bintang.

100% Jaminan Keaslian atau 10X Ganda Wang Dikembalikan

Semua produk Minyak Habbatus Sauda adalah 100% asli. ShaFa memberi jaminan pemulangan/ganti rugi 10x ganda nilai pembelian sekiranya terdapat pembuktian sahih produk keluaran ShaFa didapati tidak asli.

Shopping Cart
Scroll to Top