UTAMA / Kelebihan(Sains)

Khasiat & Kelebihan Minyak Habbatus Sauda Kepada Kesihatan Merujuk Kepada Kajian Sains

m

inyak Habbatus Sauda (Black Seed Oil) di hasilkan daripada biji tumbuhan ‘Nigella Sativa’ yang termasuk dalam keluarga tumbuhan ‘ranunculus’ (Ranunculaceae) atau lebih dikenali dengan nama Habbatus Sauda. Tumbuhan ini tumbuh di kawasan Asia Barat, Mediterranean dan Afrika. Ia telah ditanam secara meluas selama berkurun lamanya kerana bijinya digunakan dalam rempah masakan dan juga dalam perubatan.

Minyak Habbatus Sauda (black seed oil / black cumin oil) dihasilkan daripada biji hitam (nigella sativa) yang telah digunakan beribu-ribu tahun dalam perubatan dan disebut didalam Hadis Nabi Muhammad SAW. Sekarang telah terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda sememangnya mempunyai khasiat kesihatan seperti mencegah kanser seperti kanser payudara, prostat dan kanser otak.

Kajian juga menunjukkan Minyak Habbatus Sauda juga meningkatkan kesihatan organ hati dan membantu membunuh kuman ‘kebal’ (superbug) seperti MRSA yang kebal kepada antibiotik biasa.

Kajian juga menunjukkan Minyak Habbatus Sauda boleh membantu mengawal penyakit diabetes, tekanan darah tinggi (hipertensi), keradangan & kolesterol tinggi dan obesiti. Disamping itu, Minyak Habbatus Sauda juga baik untuk kesihatan kulit dengan membantu masalah jerawat, ekzema dan keguguran rambut.

Pastikan anda membeli Minyak Habbatus Sauda yang asli dengan kualiti terapeutik terbaik dan disahkan oleh pihak berkuasa kesihatan untuk mendapatkan khasiat dan kelebihan Minyak Habbatus Sauda.

Kandungan bahan aktif fitokimia dalam habbatussauda. Didalam jurnal perubatan “Egyptian journal of Biochemistry & Molecular Biology” tahun 2010 telah mengkaji tentang kesan ‘anti kulat’ Minyak Habbatus Sauda secara mendalam tentang kandungan Minyak Habbatus Sauda iaitu ia mengandungi 3 bahan utama: (1) Thymol, (2) Thymoquinone (TQ), (3) Tetrahydroquinone(THQ)

Kajian tersebut menunjukkan ketiga-tiga bahan ini mempunyai kesan 100% menentang 30 jenis kuman patogen.

Kajian ini juga menunjukkan bahawa TQ (thymoquinone) adalah bahan anti kulat yang paling kuat melawan jangkitan kulat di kulit (dermatophyte) dan yis berbanding THQ dan Thymol. Manakala bahan thymol pula baik untuk kulapuk (mold) berbanding TQ dan THQ.

Kajian ini juga menunjukkan Minyak Habbatus Sauda mempunyai bahan fitokimia yang unik yang bersifat anti kulat dan fungal dan ahli sains sedang mengkaji keberkesanan minyak ini untuk melawan ‘kuman super’ (superbug) yang mampu melawan ubat antibiotik.

Thymoquinone (TQ) adalah bahan aktif didalam Minyak Habbatus Sauda yang telah dikaji sejak tahun 1960an. Ia bersifat anti oksidan, anti keradangan dan anti kanser yang dilaporkan fektif melawan jangkitan otak (encephalomyelitis), diabetes, asthma dan pertumbuhan sel-sel kanser (carcinogenesis).

Yang menariknya TQ juga bersifat seperti radikal bebas atau iaitu sebagai ‘superoxide radical scavenger’ yang efektif.

Ia juga membantu menguatkan enzim anti oksidan ‘glutathione peroxsidase’ (GSH) dan ‘glutathione-S-tranferase’ iaitu kedua-duanya adalah bahan detoksifikasi utama dalam tubuh dan juga membantu sistem pertahanan anti oksidan dalam sel-sel tubuh kita dan melindungi organ hati daripada kerosakan akibat toksin .

Thymohydroquinone (THQ) dan thymoquinone (TQ) adalah bahan natural yang bersifat penghalang anticholinesterase (AChE) yang sangat berkuasa. Oleh itu ia akan membantu mengekalkan paras enzim ‘acetylcholine’ lebih aktif lebih lama didalam otak. Banyak bahan farmaseutikal dicipta secara sintetik untuk mempunyai sifat yang sama. Jika kita mempunyai pilihan mengambil bahan yang natural maka Minyak Habbatus Sauda adalah pilihan yang lebih baik.

Diantara penyakit yang boleh dibantu dengan sifat anticholinesterase seperti ini adalah seperti : (1) Penyakit Alzheimer, (2) autisma, (3) glaucoma, (4) nyanyuk (dementia), (5) parkinson, (6) schizhoprenia, (7) penyakit neurodegeneratif, (8) myasthenia gravis, (9) postural tachycardia syndrome.

Thymol adalah bahan aktif yang juga terdapat dalam pati minyak ‘thyme’ oleh kerana itu ia dipanggil thymol.

Tetapi ia juga terkandung didalam Minyak Habbatus Sauda yang mempunyai khasiat perubatan. Terdapat kajian yang menunjukkan bahan ini adalah efektif dalam rawatan melawan kuman tuberkulosis dan kuman virus. Oleh itu ia digunakan sebagai pencuci kuman atau disinfektan. Ia juga digunakan sebagai bahan semulajadi anti serangga perosak (pesticide). Ia juga digunakan dalam industri makanan sebagai perasa (flavoring), pewangi, pencuci kumur-kumur mulut dan juga bahan dalam produk kosmetik.

Shopping Cart
Scroll to Top