UTAMA / Proses
Proses Penghasilan Minyak ShaFa Habbatus Sauda
Pematuhan kepada amalan proses di bawah adalah antara asas penting bagi penghasilan Minyak Habbatus Sauda yang berkualiti tinggi.
ShaFa merupakan pengilang utama Minyak Habbatus Sauda di Malaysia. Pada dasarnya, melebihi 90% syarikat yang menjual produk Minyak Habbatus membeli minyak yang telah
siap dari pengilang-pengilang Habbatus Sauda untuk di botolkan semula menggunakan jenama syarikat tersebut. Kebanyakkan minyak yang dibeli ini datangnya dari pengilang luar negara di Timur Tengah, Afrika dan juga dari Asia Selatan.
ShaFa Habbatus Sauda berbeza dengan syarikat-syarikat tersebut kerana ShaFa merupakan pengilang dan menjalankan proses penghasilan Minyak Habbatus Sauda dari peringkat awal pemilihan ladang tanaman habbatus sauda sehingga ke peringkat akhir penghasilan Minyak Habbatus Sauda dengan kualiti terbaik.
memastikan ladang petani yang terpilih sentiasa melaksanakan amalan piawaian penjagaan tanaman yang terbaik supaya sumber bijian mentah diperolehi mampu menghasilkan minyak dengan kadar Thymoquinone melebihi 30%(mg/g).
habbatus sauda.
Terdapat syarikat yang menghasilkan minyak hasil dari bijian dengan ketulenan 80% ini kerana ia lebih murah dan mudah diperolehi tetapi ShaFa hanya menggunakan bijian dengan ketulenan 99%.
mesin untuk pengasingan bijian dari bendasing yang tidak diperlukan. Setelah selesai proses ‘sortex’ ini dijalankan, tahap ketulenan bijian habbatus sauda adalah 99% dan disahkan dengan Sijil Fitosanitasi dan Sijil Tempasal ‘Certificate of Origin’.
Ketika menunggu proses eksport di Ethiopia, bijian yang selesai diproses ‘sortex’ dengan ketulenan 99% akan di bungkus di dalam guni 25kg dan akan ditempatkan di ruangan
penyimpanan sementara dengan suhu yang terkawal. Pada tempoh ini agen ShaFa Habbatus Sauda secara rutin memastikan penyimpanan dan penjagaan bijian habbatus sauda adalah pada tahap terbaik.
pressed’ secara berperingkat. Minyak Habbatus Sauda yang dihasilkan dari bijian Ethiopia ini adalah berkualiti terbaik dengan kadar thymoquinone yang tertinggi serta diperakukan dengan Sijil Kualiti (Thymoquinone).
sepanjang tempoh 7 jam mesin beroperasi.
Kawalan suhu secara manual dibuat setiap jam bagi memastikan suhu mesin terkawal dan mematuhi piawaian ditetapkan. Bacaan suhu setiap jam ini direkodkan untuk setiap mesin yang beroperasi pada hari tesebut dan ia merupakan antara kawalan kualiti yang sentiasa diamalkan di dalam penghasilan minyak habbatus sauda kualiti paling terbaik di Malaysia.
Amalan di ShaFa ketara berbeza dengan syarikat pengeluar lain di Timur Tengah, Afrika dan Asia Selatan yang akan memproses secara besar-besaran bagi menghasilkan minyak habbatus sauda dan secara tidak langsung akan mengetepikan kualiti minyak yang dihasilkan. Mesin industri yang digunakan akan beroperasi secara berterusan tanpa kawalan suhu bagi memastikan permintaan minyak dapat dipenuhi dengan harga jualan yang murah. Sudah pasti pemborong akan memilih syarikat pengeluar yang lebih murah akan tetapi pihak pengguna yang teraniaya kerana mengamalkan minyak habbatus sauda kualiti rendah
ShaFa menyimpan minyak yang baru diperah di dalam botol kaca bagi proses enapan serdak secara semulajadi. Minyak Habbatus Sauda yang baru diperah oleh mesin akan keluar
bersama 5% serdak halus. Walaupun serdak ini boleh dimakan bersekali dengan minyak, ShaFa akan mengasingkan minyak dan serdak melalui proses enapan semulajadi di dalam botol kaca sebelum minyak yang tulen tanpa serdak di botolkan. Penggunaan botol kaca bagi proses enapan adalah kaedah terbaik bagi menjamin kualiti penghasilan Minyak Habbatus Sauda terbaik
sepenuhnya ke dasar botol penyimpanan. Setelah enapan ini selesai, Minyak Habbatus Sauda akan dikeluarkan dari botol penyimpanan untuk di proses pembotolan produk mengikut saiz-saiz ditetapkan.
Di kilang ShaFa kami tidak menjalankan proses perahan secara berterusan tetapi perahan dibuat secara berperingkat mengikut trend permintaan. Di ruangan rak kami terdapat botol-botol
kaca penyimpanan minyak yang sedang melalui proses enapan semulajadi. Setiap botol ditanda maklumat seperti tarikh perahan dan batch perahan dan ini merupakan prosedur kebiasaan sebagai rekod kualiti kami. Proses ini akan diulang berkali-kali setelah proses enapan selesai dan terdapat botol kaca penyimpanan yang kosong setelah minyak dikeluarkan untuk proses pembotolan mengikut saiz produk pula.
Proses pembotolan produk adalah mengikut saiz ditetapkan dan di laksanakan di kilang kami setiap hari isnin dan mengikut batch perahan yang akan dinyatakan pada label
botol produk kami. Minyak yang di bekalkan kepada pelanggan sentiasa segar dan telah mendapat ribuan maklumbalas ke atas perbezaan ketara rasa aroma yang segar produk kami berbanding produk minyak habbatus sauda lain di pasaran Malaysia. Produk lain mempunyai rasa minyak habbatus sauda yang lama, rasanya yang ringan dan bau yang kurang menyenangkan.
Lazimnya minyak habbatus sauda berkualiti mempunyai rasa aroma habbatus sauda yang kuat, bau wangi bunga serta pedas pijar ketika diminum sehingga meninggalkan bau kuatnya di dalam mulut setelah 5 minit diminum. Aroma habbatus sauda yang kuat ini boleh dihidu oleh orang berhampiran ketika semburan dibuat ke mulut anda. Itulah gambaran ke atas minyak habbatus sauda ShaFa.