UTAMA / Kelebihan

Khasiat & Kelebihan Minyak Habbatus Sauda

Walaupun terdapat banyak kajian saintifik berkaitan Minyak Habbatus Sauda yang diterbitkan dalam jurnal saintifik perubatan, tetapi terdapat beberapa khasiat kelebihan yang lebih menonjol iaitu membantu dalam penyakit-penyakit seperti diabetes, obesiti, rambut gugur, penyakit kulit, jangkitan kuman dan virus dan juga mencegah kanser.

Membantu mencegah & melawan kanser

Berdasarkan kajian, kandungan fitokimia dan anti oksidan didalam Minyak Habbatus Sauda boleh membantu mencegah dan merawat kanser. 

Ahli sains daripada Croatia telah mengkaji secara mendalam kesan anti kanser thymoquinone dan tetrahydroquinone menggunakan haiwan makmal. Kajian ini menunjukkan pengurangan sehingga 52% pertumbuhan sel-sel kanser dalam haiwan yang dikaji.

Menjaga Kesihatan Organ Hati

Organ hati adalah organ yang penting untuk detoksifikasi tubuh kita. Hampir semua toksin yang masuk ke dalam tubuh kita akan di hantar ke hati untuk dinyahtoksikkan dan juga hati menghasilkan hempedu untuk proses penghadaman lemak atau minyak dalam usus. Hati juga penting untuk penghasilan pelbagai bahan enzim dan neurotransmitter untuk kesihatan otak dan tubuh secara umumnya. 

Membantu Mengawal Diabetes

Minyak Habbatus Sauda juga amat baik dalam membantu mengawal glukosa darah untuk pesakit diabetes. Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam Journal of Endocrinology and Metabolism. Berdasarkan satu kajian oleh ahli sains daripada Indian Council of Medical Research telah memberi penerangan tentang kesan Minyak Habbatus Sauda yang boleh membantu pemulihan semula atau regenerasi sel-sel beta dalam kelenjar pankreas secara beransur-ansur.

Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi

Minyak Habbatus Sauda sememangnya telah digunakan sebagai remedi tradisional di Timur Tengah sejak berkurun lamanya. Ia juga mempunyai kesan positif mengawal tekanan darah tinggi. Berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam Phytotherapy Research pada tahun 2013, menunjukkan Minyak Habbatus Sauda boleh mengawal tekanan darah dengan baik. Kajian ini merupakan satu kajian rambang ‘double-blind’ yang melibatkan 70 peserta yang berumur diantara 34 tahun sehingga 63 tahun yang mempunyai tekanan darah sistolik 110mmHg hingga 140mmHg dan tekanan diastolik diantara 60mmHg hingga 90mmHg.

Membantu Menurunkan Berat Badan

Minyak Habbatus Sauda boleh membantu menurunkan berat badan berdasarkan satu kajian yang diterbitkan dalam The Journal of Diabetes and Metabolic Disorders yang membuat penelitian hasil kajian secara sistematik tulisan kajian-kajian berkenaan bahan tumbuhan yang mempunyai kesan anti-obesiti. Kesimpulan daripada pengkajian ini menunjukkan Minyak Habbatus Sauda adalah diantara bahan remedi asli yang efektif membantu menurunkan berat badan.

Kesihatan dan Kecantikan Kulit

Dalam satu kajian yang dijalankan di Iran, Minyak Habbatus Sauda didapati sangat efektif sama seperti krim steroid betamethasone dalam rawatan ekzema tangan tanpa kesan sampingan krim steroid. Selagi anda tidak mempunyai allergi kepada Minyak Habbatus Sauda, maka pilihan ini adalah lebih baik.

Kesihatan dan Kecantikan Rambut

Disamping ia mempunyai kesan positif untuk kulit, Minyak Habbatus Sauda juga amat baik untuk kesihatan dan kecantikan rambut dan kulit kepala. Oleh kerana itu, Minyak Habbatus Sauda digunakan sebagai bahan aktif dalam produk-produk penjagaan rambut seperti shampoo dan minyak rambut.

Meningkatkan Kesuburan

Minyak Habbatus Sauda juga mempunyai kelebihan dan khasiat meningkatkan kesuburan bagi lelaki. Dalam satu kajian rambang ‘double-blind’ kawalan plasebo cubaan klinikal (randomized double-blind placebo-controlled clinical trial) yang mengkaji samada Minyak Habbatus Sauda boleh membantu dalam masalah kemandulan lelaki dengan sperma yang tidak normal.

Mengawal Keradangan dan Kolesterol Tinggi

Minyak Habbatus Sauda mempunyai kesan positif mengawal kolesterol dan keradangan dalam tubuh. Ini adalah berdasarkan satu kajian menggunakan model haiwan yang diterbitkan pada tahun 2017 dalam Journal Evidence Based Complementary & Alternative Medicine. Dalam kajian ini menunjukkan pengambilan Minyak Habbatus Sauda mempunyai kesan anti-diabetes dan juga membantu mengawal kolesterol darah dengan menurunkan paras LDL dan meningkatkan paras HDL-C.

Anti Bakteria, Melawan Jangkitan Kuman & Kuman Kebal (MRSA)

Sekarang terdapat masalah di hospital-hospital wujudnya kuman super yang kebal kepada antibiotik yang ada. Kuman ini menyebabkan masalah kepada pesakit yang mempunyai paras imuniti yang rendah seperti warga tua, pesakit diabetes dan pesakit dalam ICU. 

Masalah utamanya adalah pesakit yang mengalami jangkitan kuman super dalam tubuh mereka sukar dan tidak efektif dirawat dengan antibiotik yang biasa dan selalunya membawa maut. Ia juga mencemar peralatan hospital yang digunakan dan menyebabkan merebaknya jangkitan kuman di diseluruh kawasan hospital

Shopping Cart
Scroll to Top