UTAMA / Perbezaan

Perbezaan Bijian Habbatus Sauda Mengikut Tempat Asal (Origin)

Terdapat 7 negara utama pengeluar bijian mentah habbatus sauda ke seluruh dunia dengan kuantiti yang banyak setiap tahun iaitu Ethiopia, India, Mesir, Turkiye, Bangladesh, Syria & Pakistan. Terdapat 2 faktor yang menjadi penentu kepada kualiti dan kemujaraban Minyak Habbatus Sauda yang dihasilkan kepada kesihatan.

Faktor Primer: Ketinggian permukaan tanah dan jarak ke garisan khatulistiwa.
Faktor Sekunder: Keadaan cuaca, kualiti tanah dan air.

Selain 7 negara dinyatakan diatas, terdapat negara lain yang masih cuba menanam habbatus sauda bagi tujuan komersial walaupun negara tersebut kurang sesuai jika merujuk kepada 2 faktor di atas. Selain itu banyak syarikat di seluruh dunia hanya menjual minyak habbatus sauda yang diimport dari negara lain. Oleh itu, hampir semua produk minyak habbatus sauda yang terdapat di pasaran tidak mempunyai maklumat tentang negara asal bijian mentah yang digunakan.

Pelbagai penyelidikan dibuat pada tahun 2004-2016 menunjukkan bahawa bijian terbaik adalah yang ditanam di Ethiopia. Walau bagaimanapun, tidak banyak syarikat pengilang minyak habbatus sauda di seluruh dunia berurusan dengan pihak pengeluar negara Ethiopia ini kerana faktor lokasinya dan harga bijian mentah habbatus sauda yang tinggi.

ShaFa mengambil inisiatif ke atas sumber terbaik bijian dari negara Ethiopia ini untuk berurusan terus dengan pihak petani di negara Ethiopia bagi mendapatkan sumber bijian mentah kualiti terbaik. Agen yang dilantik akan memastikan ladang petani yang terpilih sentiasa melaksanakan amalan piawaian penjagaan tanaman yang terbaik supaya sumber bijian mentah diperolehi mampu menghasilkan minyak dengan kadar Thymoquinone melebihi 30%(mg/g).

Bijian habbatus sauda Ethiopia adalah yang paling berkhasiat dan berkualiti tinggi jika dibandingkan dengan bijian dari negara lain dan semestinya ia jauh lebih mahal. Bagi pembuktian ShaFa menggunakan bijian habbatus sauda Ethiopia yang teristimewa ini kami paparkan salinan Sijil Fitosanitasi (Phytosanitary Certificate) dan Sijil Tempasal (Certificate of Origin).

Kebanyakkan syarikat pengeluar terbesar seluruh dunia mengekstrak minyak habbatus sauda dari bijian negara berbeza dengan kualiti berbeza. Bijian negara India dan Syria menjadi pilihan kebanyakkan syarikat ini oleh kerana ianya boleh diperolehi dengan mudah dengan harga jauh lebih murah. Kedua bijian ini tidak mungkin dapat mengatasi kualiti bijian negara Ethiopia yang telah diiktiraf sebagai paling terbaik di dunia.

Tempasal Bijian Habbatus Sauda Warna Minyak Habbatus Sauda Rasa Aroma
Ethiopia
Keemasan gelap
Sangat kuat, sangat pahit, pedas & rasa aroma bunga yang kuat
India
Keemasan lutsinar
Sedikit pahit & sedikit pedas
Mesir
Keemasan lutsinar
Sedikit pahit & sedikit pedas
Turkiye
Coklat muda
Kurang pahit & kurang pedas
Bangladesh
Coklat gelap
Sedikit pahit & sedikit pedas
Syria
Coklat muda
Tidak pahit & tidak pedas
Pakistan
Coklat terang
Tidak pahit & tidak pedas
Shopping Cart
Scroll to Top